1.1 Definisi Falsafah
Pengantar falsafah adalah merupakan satu perkataan yang diambil daripada Bahasa Inggeris iaitu "Philosophy" yang berasal daripada perkataan Greek iaitu hasil gabungan dua perkataan iaitu "Philein" dan "Sophos". Perkataan "Philein" bermaksud "menyintai" atau "love", manakala "Sophos" pula bermaksud "wisdom" atau "hikmah". Oleh itu, perkataan "Phileinsophos" membawa makna "love of wisdom" iaitu "cintakan hikmah". Ahli falsafah pula dikenali dan didefinisikan sebagai orang atau golongan yang mencintai hikmah ( Ahmad Sunawari Long, 2008 ).
Dalam sejarah Barat, di zaman pertengahan ( Middle Ages ), falsafah digunakan sebagai alat untuk mendekatkan agama dengan falsafah atau akal dengan teks suci. Falsafah pada zaman ini, digunakan sebagai sandaran ilmiah untuk mengesahkan doktrin-doktrin agama. Tetapi hal ini ditolak oleh falsafah moden. Falsafah moden cuba mengasingkan antara falsafah dengan agama. Dengan sebab-sebab tersebut pengertiannya berbeza dan kita berhadapan dengan kesukaran untuk memberi pengertian yang lebih tepat ( Indriaty Ismail, 2003: 1)
1.2 Falsafah Moden Menurut Immanuel Khan
Falsafah moden adalah sangat berbeza dengan falsafah-falsafah yang muncul sebelumnya seperti Greek, Roman dan falsafah abad pertengahan. Falsafah moden telah dikenalpasti bermuala apabila masyarakat intelektual Barat mengubah sikap dan cara mereka dalam berfikir. Hal ini bermakna ketika itu telah lahir unsur dan doktrin falsafah moden iaitu suatu unsur dan doktrin falsafah yang mempunyai unsur-unsur dan ciri-ciri baru dalam struktur pemikiran barat. Pada abad ke-18, telah muncul seorang tokoh falsafah Jerman iaitu Immanuel Khan yang telah membawa beberapa doktrin. Salah satunya adalah doktrin yang berkaitan dengan moral dan etika dalam kehidupan masyarakat. Bagi beliau, perbincangan mengenai moral dan etika bagi ahli falsafah moden yang lain adalah amat ortodoks. Oleh yang demikian, beliau cuba membawa doktrin yang berunsurkan perintah tanpa syarat dalam falsafah etika beliau.
Roger Bacon ( 1214-1292 ) adalah merupakan salah seorang daripada ahli falsafah yang terkenal pada Zaman Abad Pertengahan. Beliau juga digelar sebagai Doktor Mirabilis yang bereti "guru yang mengagumkan". Beliau adalah seorang ahli falsafah Kristian dan rahib Franciscan yang memberi penekanan besar terhadap kajian alam melalui kaedah empirikal. Beliau disanjung oleh masyarakatnya bermula pada abad ke-19 sebagai salah seorang daripada pelopor terawal Eropah dalam kaedah saintifik moden yang diilhamkan oleh karya-karya Aristotle dan karya-karya saintis Islam seperti Ibnu Haitham ( Al-Hazen ). Dalam pada itu, beliau juga pada dasarnya merupakan salah seorang pemikir zaman pertengahan dan mempunyai banyak pengetahuan dalam melakukan eksperimen yang diperolehi dari buku melalui tradisi ilmiah. Beliau juga turut terkenal sebagai pendukung awal metod ilmiah moden di dunia barat. Hal ini seiring dengan koleksi karya-karya ilmiah dan falsafah dari tanah Arab di mana dengan penaklukan dunia Arab atas Syria dan Mesir, mengendalikan akses ke banyak karay-karya masa lampau.
3.0 LATAR BELAKANG TOKOH
Roger Bacon adalah anak kepada pemilik tanah yang kaya. Beliau dilahirkan di Ilchester, Somerset pada tahun 1220 Masihi. Beliau belajar di Universiti Oxford dan mendapat reputasi untuk pengetahuan yang mendalam dalam bidang falsafah dan al-kimia. Bacon menumpukan dirinya kepada eksperimen sains dan dikenali sebagai Doktor Mirabilis iaitu "Guru yang mengagumkan" ( Fernand Van Steenberghen. 1970 :109 ). Gelaran ini diberikan kepada Roger Bacon secara figuratif sahaja kerana bukti penganugerahan gelaran tersebut masih tidak ditemui. Beliau turut dikesan sebagai salah seorang tokoh pemikir dan saintis pertama yang membawa pemikiran saintifik di Eropah pada abad ke 13 Masihi.
Roger Bacon telah mendapat pendidikan awalnya di Universiti Oxford, Britain seawal umur 13 tahun lagi sebelum melanjutkan pelajarannya bagi mendalami bidang kajian sains di Universiti Paris. Antara kajian awal beliau adalah meliputi kajian terhadap Trivium tatabahasa, logik dan retorik. Kemudiannya kajian beliau berkembang pula kepada quadrivium iaitu mengkaji geometri. aritmetik, muzik dan astronomi. Beliau juga mengajar syarahan Aristotle di Universiti Oxford dan Universiti Paris di mana beliau ditempatkan ( F.C. Copleston. 1972:170 ).
Seterusnya, kronologi kehidupan Roger Bacon boleh dibahagikan kepada dua tempoh yang berbeza. Pertama ialah tempoh sekular yang berpanjangan sehingga sekitar 1257, di mana dalam tempoh ini beliau adalah seorang ahli akademik. Manakala tempoh kedua ialah beliau menghabiskan masa sebagai rahib Franciscan dalam mengejar hikmah sebagai seorang ulama sekular. Bacon mengejar kerjaya akademik beliau di dua universiti yang terawal di Eropah iaitu Universiti Oxford dan kemudiannya di Universiti Paris. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sastera sekitar 1240 dan meneruskan kerjayanya sebagai pensyarah di Fakulti Sastera di Universiti Paris sepanjang 1240. Pada tahun 1247 beliau telah kembali ke Oxford, England. Selepas kembali beliau tidak pernah memegang jawatan akademik lagi.
Pada tahun 1247, Bacon menjadi rahib Franciscan. Bacon merupakan salah satu ahli falsafah yang terpenting dalam Abad Pertengahan dan telah menulis sejumlah besar buku-buku mengenai pelbagai subjek. Dalam buku beliau, beliau membuat spekulasi tentang mesin terbang, pengangkutan mekanikal, alat menyelam, mengelilingi dunia, sistem takal dan pembinaan mikroskop dan teleskop ( Gordon Leff. 1958:246 ). Walau bagaimanapun pada tahun 12600, kegiatan beliau telah disekat oleh undang-undang yang melarang seorang biarawan Perancis daripada menerbitkan sebarang buku yang bertujuan khusus.
Karya Roger Bacon yang terkemuka adalah Opus Majus ( Kerja Besar ). Buku yang mengandungi sebanyak 840 halaman ini adalah satu ringkasan mengenai semua aspek pengetahuan yang diperolehi oleh beliau. Seterusnya, buku beliau yang lain ialah Opus Minus ( Kerja Kecil ) dan Opus Tertium ( Kerja Ketiga ). Pada tahun 1277, beliau telah dihantar ke penjara dan dirantai di dalam sel kecil selama hampir 12 tahun kerana dianggap sebagai bid'ah ( Armand A.Maurer. 1967:170 ). Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah berjaya menghasilkan sebuah karya. Selepas beberapa bulan Roger Bacon dibebaskan, beliau kemudiannya mati pada 11 Jun 1292. Ramai dalam kalangan penulis telah mengabdikan kisah hidup beliau di dalam buku mereka dan menganggap bahawa beliau adalah ilmuan pertama dalam buku mereka.
Penulisan Opus Majus merupakan salah satu daripada kehidupan dan teori ilmiah Roger Bacon. Opus Majus ini telah ditulis dalam bahasa Latin pada zaman pertengahan atas permintaan Pope Clement IV untuk menjelaskan lagi kerja-kerja yang telah dilaksanakan oleh Bacon. Kemudiannya Bacon menghantar karyanya ini kepada Paus ( 1267 ), disertai dengan surat dedikasi yang ditemui oleh FA Gasquet di Perpustakaan Vatican yang diterbitkan pada tahun 1897. Di dalam Opus Majus ini, Bacon cuba menyuarakan pendapatnya mengenai keperluan kepada sebuah reformasi yang luas dalam pelbagai cabang di dalam sistem pembelajaran yang sedia ada di universiti.
Penulisan ini telah dicipta dengan menggunakan penerangan dan penjelasan beliau sendiri dan mengandungi cara serta hujah yang sesuai. Keseluruhan pemikiran ini telah dibahagikan kepada tujuh bahagian. Bahagian pertama membincangkan tentang punca-punca kesilapan yang berlaku dalam sistem pendidikan, bahagian kedua pula membincangkan tentang hubungan antara falsafah dan teologi. Manakala bahagian ketiga pula Bacon membuat kajian dalam bahasa Bibilical ( Latin, Greek, Hebrew dan Arab ) dan sebagai pengetahuan bahasa serta tatabahasa. Bahagian keempat, kelima dan keenam pula masing-masing membincangkan mengenai kajian beliau terhadap bidang matematik, optik dan juga sains eksperimen. Bahagian yang terakhir adalah mengenai falsafah moral. Bahagian ini merupakan suatu bahagian yang paling utama dan dianggap penting dalam karya Opus Majus ini.
Bahagian pertama daripada Opus Majus ini membincangkan tentang punca-punca kesilapan yang berlaku dalam sistem pendidikan atau punca umum kepada kejahilan manusia. Menurut beliau antara puncanya ialah pihak berkuasa yang lemah atau tidak boleh dipercayai, adat, penyembunyian kejahilan akademik diri sendiri dengan pengetahuan makhluk dan pendapat yang tidak kritikal. Penyembunyian kejahilan akademik di sini ditunjukkan dalam bentuk paparan kebijaksanaan retorik Polemik yang dibentangkan sebagai satu konflik dalam kalangan peguam dan ahli-ahli teologi canon ( paderi ) di Paris. Hal ini adalah mengenai penerimaan Aristotle dan kerja-kerja atau penemuan baru in kepada sains Yunani dan Arab terutamanya dalam bidang astronomi dan astrologi.
Di dalam bahagian kedua pula, Bacon telah membincangkan tentang perkara mengenai keselarian hubungan antara falsafah dan teologi. Dalam hal tersebut, teologi dan falsafah dikatakan mempunyai masalah disebabkan falsafah moral yang telah banyak terpengaruh dengan unsur-unsur yang terdapat dalam agama Kristian. Bacon kemudiannya berusaha untuk mencari kebenaran dan ianya telah dibahagikan kepada tiga saluran utama iaitu Kitab Suci, kanun undang-undang dan falsafah. Menurut Bacon, semua kebenaran terkandung di dalam Kitab Suci tetapi untuk mendapatkan ia, kita masih perlu bergantung kepada undang-undang kanun dan falsafah. Sumber yang berkesan untuk semua ilmu pengetahuan mengenai tuhan menunjukkan matlamat utama pengetahuan tersebut ialah dengan menjadikan tuhan sebgai punca akhir. Bacon turut menerima satu cadangan Augustinian yang telah dibuat oleh Abelard iaitu gergasi falsafah pagan merupakan penerima wahyu dari tuhan.
Falsafah dan teologi dikatakan sebagai sebahgian daripada satu keseluruhan. Tujuan utama keseluruhan dan fungsi falsafah tersebut adalah untuk membawa kita ke ambang kebenaran Ilahi iaitu seluruh ambang yang mirip dengan Kitab Suci. Tugas falsafah pula adalah berperanan sebagai salah satu pemikiran yang tidak akan pernah berakhir kerana ia berkait rapat dengan apa yang kita benar-benar tahu. Konsep falsafah dan teologi Bacon ini amat jelas berbeza dengan apa yang dipegang oleh Aquinas. Tanggapan teologi yang dibentuk dalam model sains Aristotle tidak timbul tulisan Bacon, Apa yang didapati ialah tanggapan awal dalam beberapa cara yang kabur dan semua pengetahuan manusia berfungsi untuk menggambarkan suatu kebenaran tuhan yang telah dinyatakan dalam Kitab Suci.
Dalam bahagian ketiga ini mengandungi kajian dalam bahasa Bibilical ( Latin, Greek, Hebrew dan Arab ). Kajian ini bertujuan untuk menjadikannya sebagai pengetahuan tentang bahasa dan tatabahasa yang perlu untuk memahami kebijaksanaan yang diturunkan. Beliau juga menekankan tentang keperluan untuk belajar bahasa terutamanya bahasa Hebrew dan Greek. Oleh itu, Bible boleh dibaca dalam bahasa yang asal tanpa menimbulkan masalah lain. Selain itu, bahasa Greek dan Arab juga mesti dipelajari supaya falsafah dan saintifik yang berada dalam kedua-dua bahasa ini boleh dibaca dengan betul dan tepat. Beliau turut menegaskan bahawa terjemahan yang ada adalah tidak tepat dan kebanyakan yang rosak adalah dalam versi Latin semasa zaman Aristotle dan ahli falsafah lain. Antara sebab lain untuk keperluan kepada pengetahuan bahasa adalah kerana penukaran orang-orang kafir iaitu satu projek yang disukai oleh Bacon dan ianya berhubung rapat seperti yang dapat kita lihat dalam impiannya untuk membawa semua manusia ke arah perpaduan dalam gereja dan Kristian.
Selain itu, beliau juga telah menyusun tatabahasa Yunani dan Ibrani serta mengambil contoh Bahasa Latin sebagai model bagi bahasa semula jadi iaitu bahasa ibunda barat. Bagi Bacon, bahasa ini adalah bergantung kepada Bahasa Yunani dan Ibrani. Beliau turut membezakan 'bahasa kasar' atau 'bahasa orang awam' dengan 'bahasa pembelajaran' daripada ulama'. Bagi beliau, bahsa kesat tidak sesuai dan tidak boleh digunakan sebagai bahasa pengantar dalam pembelajaran kerana bahasa tersebut tidak mempunyai perbendaharaan kata serta teknikal yang mencukupi.
Bahagian keempat dalam pembaharuan Bacon adalah mengenai keperluan kepada matematik mutlak. Berkenaan hal ini, nilai matematik itu dikatakan telah diwarisi daripada Robert Gossesteste. Bacon juga mendakwa bahawa matematik adalah meruoakan suatu pintu dan kunci kepada semua pengetahuan sains lain, manusia dan ketuhanan. Pengabaian yang berlaku terhadap sistem pendidikan dalam tempoh tiga puluh atau empat puluh tahun yang lalu telah memusnahkan keseluruhan sistem pendidikan dalam kalangan masyarakat Latin. Bagi sesiapa sahaja yang jahil tentang ilmu matematik, mereka tidak akan dapat mengetahui tentang ilmu sains lain serta semua urusan dunia yang ada. Hal ini kerana ilmu matematik adalah merupakan asas bagi semua pengetahuan, penyediaan minda dan meningkatkan ia kepada pengetahuan mengenai semua perkara. Sebagai contoh, beliau telah mengambil kes-kes Robert Gossesteste dan Adam of Marsh untuk diperjelaskan.
Menurut Roger Bacon lagi, sesiapa yang mempunyai kuasa dalam ilmu matematik seolah-olah dia telah belajar untuk menjelaskan sebab-sebab dalam semua perkara dan mampu untuk menjelaskan secukupnya tentang konsep manusia dan ketuhanan. Bacon juga memberikan contoh untuk menunjukkan bagaimana ilmu matematik itu sangat diperlukan dalam pengetahuan tentang kedua-dua badan cakerawala dan daratan serta pergerakan mereka. Sebagaimana Grossesteste menegaskan, kuasa-kuasa dalam alam semula jadi ini adalah bertindak mengikut undang-undang geografi dan hal ini tidak akan dapat difahami tanpa imu sains ini. Matematik juga amat penting dan diperlukan untuk ahli teologi, terutamanya bagi mereka yang perlu memahami nombor dalam kitab dan mengira tarikh tertentu. Muzik suci yang dimainkan juga mesti berasaskan kepada matematik.
Selepas menjelaskan tentang kepentingan bahasa dan matematik, perbincangan Bacon bertukar pula kepada 'sains yang sangat cantik' dalam bidang optik yang dijelaskan dalam bahagian kelima. Beliau telah menyifatkan islah ini sebagai sains persepsi visual dan cahaya. Ianya melibatkan fisiologi persepsi, warna, tingkah laku pantulan cahaya dan pembiasan cahaya serta kesilapan-kesilapan yang melibatkan deria. Dalam perhubungan ini juga, Bacon menerangkan pelbagai jenis cermin dan kanta yang boleh dibuat sebagai visi bantuan. Ilmu Matematik adalah sangat penting dalam bidang optik untuk mengira sudut pantulan dan pembiasan cahaya serta untuk membuat kanta. Di negara Arab, saintis Al-hazen merupakan ketua Roger Bacon dalam bidang ini tetapi dia sendiri yang melakukan kerja-kerja asas di dalamnya.
Dalam bahagian keenam, Bacon membincangkan tentang sains eksperimen yang mana sains eksperimen inni menduduki tempat utama dalam pembaharuan Bacon yang dicadangkan dalam sistem pembelajaran. Istilah 'scientia experimentalis' merupakan sifat-sifat yang diistilahkan bacon kepada Ptolemy. Melalui Bacon sendiri, ia telah mendapat sambutan dalam kalangan pemikir barat. Bagi Bacon, sains eksperimen ini bukanlah sains khas tetapi ia adalah suatu pengetahuan yang diperolehi daripaa pengalaman. Hal ini demikian kerana tidak akan kepastian tanpa pengalaman kerana pengalaman itu adalah asas segala ilmu yang pasti.
Perbincangan yang menjadi kemuncak dalam Opus Majus ini boleh didapati dalam bahagian ketujuh yang lebih tertumpu kepada falsafah moral. Dalam falsafah moral ini sendiri terdiri daripada enam bahagian yang ana kandungannya ini dikumpulkan di bawah dua tajuk umum yang digambarkan oleh penulis sebagai ' bahagian spekulasi' dan 'bahagian praktikal' falsafah moral. Kesimpulan sains lain adalah merupakan titk permulaan kepada etika. Dalam falsafah moral inilah implikasi praktikal terhadap semua pengetahuan yang lain cuba untuk digubal. Perana falsafah moral adalah seberat tiga kali ganda daripada yang lainnya iaitu berkaitan dengan urusan yang berhubung tangunggjawab terhadap tuhan, tanggungjawab terhadap jiran dan kewajipan kepada diri kita sendiri. Pengiktirafan terhadap sifat alam semesta dan pergantungan kepada tuhan adalah asas bagi kaedah-kaedah yang mempunyai kaitan dengan ibadah dan penghormatan untuk tuhan.
Dengan ilmu pengetahuannya, beliau banyak menggunakan bahan-bahan bahsa Arab untuk menjelaskan hubungan antara Islam dan Kristian pada abad ketiga belas. Walaupun kekaguman beliau ini diakui oleh ahli-ahli falsafah Arab, namun falsafah moralnya seperti Franciscan pada zaman beliau ternyata menjadi dasar Augustinian dalam pendekatan dan penetapan untuk memasukkannnya ke dalam unsur-unsur baru skim lama yang dipinjam daripada sumber-sumber yang baru disediakan untuk penulis-penulis Latin. Perbincangan beliau juga turut melibatkan tentang sikap yang betul ke arah kematian dan cara untuk mencapai ketenangan fikiran dengan mempamerkan pengaruh daripada Stoisisme pada Bacon. Perbincangan mengenai falsafah moral ini kemudiannya diakhiri dengan perbincangan mengenai sakramen iaitu meletakkan penekanan khas kepada Massa dan Ekaristi.
5.0 KESIMPULAN
Roger Bacon merupakan salah seorang daripada tokoh ahli falsafah di abad pertengahan. Beliau banyak mengkritik aliran falsafah pada zamannya sendiri terutamanya mereka yang berada di bawah pengaruh Pope. Tindakan ini sekaligus telah mengajak masyarakatnya untuk menerima aliran fahamannya yang lebih menjurus ke arah bidang Sains Moden dan Kejuruteraan. Bagi mengembangkan lagi aliran pemikiran tersebut, beliau juga telah mengadakan banyak kempen melalui ceramah-ceramah dan syarahan secara terbuja kepada masyarakat Eropah. Tindakan ini tidak lain tidak bukan adalah bertujuan untuk menarik minat mereka supaya meninggalkan metod lama yang hanya berdasarkan teori. Roger Bacon turut menamakan pemikiran baru yang dibawanya itu dengan 'Metod Percubaan'. Nama ini dipilih kerana ianya telah disusun dengan berlandaskan teori dan percubaan ataupun praktikal secara serentak. Beliau juga turut menyebarkan pemikiran baru itu kerana metod baru tersebut ternyata lebih tepat dan keputusan yang diperolehi adalah lebih benar berdasarkan kenyataan sesuatu hakikat. Justeru, teori pemikiran yang dibawa oleh Roger Bacon ini adalah wajar untuk diikuti oleh seluruh masyarakat bagi menjamin tercapainya kemajuan yang mereka idam-idamkan.
RUJUKAN
Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin, 2009, Pengantar Ilmu Mantik, Pustaka Salam Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
Ahmad Sunawari Long, 2008, Sejarah Falsafah, Penerbit Ukm, Bangi, Selangor.
Alan Bilom, 1967, Medieval Political Philosophy: A Source Book, Free Press of Glencoe, United States.
Armand A.Maurer, 1967, Medieval Philosophy, Random House, New York.
Betrand Russell, 1961, History of Western Philosophy, George Allen and Unwin Ltd. London.
F.C Copleston, 1972, A History of Medieval Philosophy, Methuen and Co Ltd. London.
Fernand Von Steenberghen, 1970, Aristotle In The West, Edition Nawelaerts, Belgium.
Gordon Leff, 1958, Medieval Thought, Penguin Books, Ltd. Great Britain, England.
www.wikipedia.org/wiki/Roger_Bacon
www.plato.standford.edu
No comments:
Post a Comment